Tuesday, June 14, 2011

Cara Mudah Buka Akaun PayPal : Langkah demi langkah

Okey. Hari ini kita belajar cara-cara nak buka akaun PayPal.. Tak susah pun.. Ape? Tak ada kad kredit? Boleh.. Jangan risau.. Meh sini nak cerita..

Sebelum tu, kita intro sikit tentang PayPal ni.. Seperti yang diketahui, PayPal adalah antara cara yang paling selamat dan mudah untuk buat pembayaran online. Tak payah setiap kali nak kena taip no kad kredit, tarikh luput kad kredit, alamat dan sebagainya. Dah hampir 99 juta orang dalam dunia ni yang menggunakan PayPal ini termasuk banyak company yang menggunakan PayPal untuk terima bayaran dari pelanggan. Mudah, cepat dan selamat. So sesiapa yang ada akaun PayPal, senang nak shopping dan senang nak buat bisnes. 

Jap! Berapa kena bayar kalau nak buka akaun PayPal? --- Percuma :)

Langkah Mudah buka akaun PayPal
(seperti biasa, klik pada gambar untuk tumbesaran sempurna)

1. Sila ke http://www.paypal.com
2. Di bahagian atas kanan, klik 'Sign Up'

   

3. Pilih negara dan jenis akaun. Untuk permulaan ni pilih je Personal sebab nanti boleh upgrade kalau perlu. Nak tahu beza akaun Personal, Premier dan Business? Klik sini.



4. Lepas dah klik 'Get Started' kat atas tadi, akan keluar page di bawah ni. Jadi masukkan maklumat seperti yang di minta ya. Lepas dah isi semua, klik Agree and Create Account.



5.  Lepas ni PayPal akan tanya sama ada nak top up akaun guna RHB atau pun nak link credit card. Abaikan semua ni, klik kat Go To My Account macam kat kotak merah dalam gambar bawah ni.



6. Tadaaa! Tahniah, anda kini telah mempunyai akaun PayPal. Sebelum tu jangan lupa check email dan klik link untuk aktifkan akaun email address ok?

Next time kita sembang macam mana nak add credit card pulak. Takda credit card? Jangan risau.. Akan diterangkan nanti. Yang penting anda sekarang dah ada akaun PayPal. Kalau nak orang  transfer duit ke akaun PayPal anda, hanya bagi mereka email adress anda sahaja. Tak payah susah-susah bagi no akaun dan lain-lain maklumat sulit anda itu ok?

Au Revoir!
Maria Mohd

4 comments: