Saturday, June 11, 2011

Perlu ke diet?

Body dah hot, perlu ke aku diet? Pulak.. Mu tau dok diet ni gapo? Meh sini ambo nak cerita..

Diet maksudnya menjaga pemakanan. So sepatutnya setiap manusia walaupun badan gojes macam mana pun tetap kena diet apatah lagi yang tak gojes kan.. Hehe.. Kadang-kadang memang rasa badan dah ok sarung jeans saiz S sedap jer kan.. tapi, anda-anda semua pernah pergi farmasi check berapa kolestrol dalam badan, gula dalam darah ataupun lemak viseral? Hah pokobondo tu pulak kan.. Nanti mek cerita ya.. 

Kurus tapi dalam badan penuh dengan toksik pun tak guna juga ya adik-adik.. Sepatutnya kita lebih menjaga pemakanan seharian.. Makan dalam jumlah yang sikit tapi banyak kali adalah lebih bagus dari sekali duduk nasi tambah 3 kali.. Pilihan makanan pun penting.. Orang kita ni teramatlah suka makan makanan yang berminyak dan bersantan kan.. Sebab tu la ramai yang body cam fit tup tup ada sakit jantung. Aku ni pulak mula tersedar diri sikit sejak naik berat badan mendadak.. Bayangkan naik 20 kg dalam 2 tahun, gilo apo.. 

Tapi sekarang aku bukannya diet yang tahan makan sampai berlapar la segala.. Aku makan lebih kerap sekarang untuk turunkan berat badan.. Pelik kan.. Tapi itula cara terbaik untuk elakkan diri makan segebuk sekali makan.. Makan sikit-sikit tapi banyak kali.. Lepas tu, pastikan makan makanan yang ada khasiat untuk badan bukan untuk sedap lidah jer yer adik-adik.. Sekali sekala boleh la macam diri ni, seminggu sekali merasa la ayam masak lemak cili api tapi tak la macam dulu sekali makan 2-3 pinggan.. 

Setakat ini alhamdulillah tak ada la rasa nak memberontak sebab kena tahan makan ke apa kan.. Berat pun dari 70kg dah turun 64kg dalam masa dua bulan.. wahh cuba bayangkan lagi 4 bulan, boleh la I gi shopping baju baru.. hehe.. 

Nanti next post aku share macam mana nak aturkan jadual makan dan apa yang patut kita makan supaya tekak melayu ni takde la kebuloq nak melantak sodap-sodap jer tanpa fikirkan kebaikan diri.. okeh? 

Au revoir! XOXO
Maria Mohd

1 comment:

  1. VIVO: VIVO: VIVO (VIVO Online) - VideoDl.cc
    VIVO: VIVO (VIVO) is a slot game published by SEGA of America, Inc. and was released for the Genesis on October free youtube to mp3 converter 6, 1992.

    ReplyDelete