Saturday, June 11, 2011

Transfer CIMB Clicks ke Maybank Dapat Masa yang sama

Senario di suatu hari yang panas terik: 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adik : Kak, tlg transfer 50 sekarang jugak. Tayar pancit. Cepat tau!
Kakak: Alamak, kau kan takda akaun CIMB macam mana nak cepat.. kalau tak boleh aku transfer online..
Adik: Akak ni, guna Instant Transfer la. Tak tahu ke CIMB Clicks dah ada Instant Transfer..
Kakak: Oh, Instant Transfer yang bolehkan kau dapat terus kat akaun Maybank kau tu kan..
Adik: Eh, tahu pun..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai yang mesti tak tahu lagi yang pengguna-pengguna CIMB Clicks sekarang dah boleh buat pindahan wang atau transfer ke akaun Maybank dan lain-lain supaya penerima tu boleh dapat immediately. Tak payah nak tunggu sampai 2-3 hari macam dulu..

PERHATIAN: Untuk setiap transaksi Instant Transfer, CIMB Clicks akan caj RM 2.00. 


Cara-cara untuk transaksi Instant Transfer
Klik pada gambar untuk tumbesaran sempurna :)


1. Sila lah login yer kawan-kawan.


2. Klik Transfer pada menu.


3. Klik Transfer Funds



4. Klik Instant Transfer pada menu


5. Pilih lah bank mana yang nak digunakan yer. 



6. Masukkan maklumat-maklumat penerima macam biasa.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi kalau senario di atas berbunyi begini:

Adik: Kak, kau tolong transfer sejuta kat aku sekarang.
Kakak: Nah, amek Instant Tampor dari aku..

huahuahua.. eh x baik.. hormatilah adik-beradik anda :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Au Revoir! XOXO
Maria Mohd

4 comments: